Sabtu, 31 Julai 2010

LAUT MENGOMBAK

           Assalamualaikum........Cerita-cerita tentang alam terkenang selalu semasa pergi ke Penang, naik Feri Pulau Rawa, Feri Pulau kapas,Feri Pulau Tioman dan nama Feri- feri semuanya dari pulau-pulau di Malaysia.feri membelah ombak dalam masa  hampir sejam sampailah ke Pulau Pinang.
            Naik feri paling suka berdiri di hadapan sekali sambil melihat air laut memutih menghempas dinding di kaki feri,.melihat laut yang luas terbentang dikaki langit yang tidak berpenghujung terasa kerdil dan bergetar jiwa. kini kalau ke Penang ada pilihan, jambatan Pulau Pinang pilihan utama.
            Laut yang luas terbentang, membiru menyimpan banyak rahsia alam.Laut  ada ombak, kalau tidak ada ombak bukan laut namanya, laut ada pantai, laut  kawannya pantai, teman pantai adalah laut, tidak pernah terpisah, susah senang bersama.
            Setiap detik, saat berlalu apakah kita mahu tidak mahu menajadi seperti laut dan pantai?Susah senang, pahit manis, suka duka, sentiasa kongsi bersama tanpa hasad ,benci dan marah............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan